Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian
api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya
memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk
kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
jibril : sebesar kurma. .
zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan
supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke
dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah
tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu
terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga
dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan
diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi
sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka
cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering
kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi
dll lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa
disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya
sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana
dgn api di neraka itu sendiri.
Sumber : Email


