Share

Assalaamualaikum,

Setiap orang akan menerima dugaan, tetapi kebiasaannya kita menganggap dugaan hanya melibatkan sesuatu yang berat untuk ditanggung atau sesuatu yang kita tidak mahu dan tidak selesa apabila mendapatnya.
Di sini saya hendak berkongsi sedikit ilmu tuhan yang saya perolehi daripada penyampaian seorang ustaz.Semoga perkongsian ini tidak mendatangkan riak,sombong kepada saya dan mohon keampunan kepada Allah S.W.T

Di antara yang sempat saya catit antara dugaan yang akan diberikan kepada kita adalah dengan :

  • Penyakit
  • Kesusahan
  • Kesenangan
  • Didatangkan orang yang akan menzalimi kita
  • Tarikan Maksiat
  • Ketaatan kepada perintah Allah
  • Kelebihan yang ada pada kita
  • Hati

Ini adalah antara cara dugaan yang tuhan berikan kepada kita. Setiap kita pasti merasa salah satu perkara di atas. Yang pertama adalah penyakit, setiap orang pernah sakit dan pastinya apabila kita sakit kita akan mudah mengingati tuhan kerana semasa sihat kita selalu lupa akan nikmat sihat tersebut dan setrusnya melupakan tuhan yang memberikan kesihatan dan inilah dugaan yang selalu kita dapat.Dengan sakit juga kita dapat mengetahui aras iman kita yang sentiasa turun naik.

Kebiasaan juga kita melihat kesusahan jugalah sebagai dugaan hidup dan sering kali kalau kita tidak beriman dan jahil akan mengeluh dengan tuhan kenapa kita yang dipilih dan diberikan kesusahan dan kemiskinan padahal kesenangan dan nikmat yang melimpah ruah juga dugaan hidup cuma kita harus sedar setiap dugaan yang diberikan tuhan sememangnya mampu diterima oleh orang tersebut. Allah tidak akan menduga hambanNYA jika tidak mampu ditanggung, begitu juga kita melihat dugaan yang diterima oleh Nabi dan Rasul sungguh berat dan hebat..semuanya kerana mereka adalah golongan yang terpilih dan terbilang yang mampu menerima dugaan Allah yang hebat.

Jadi kita hambanya yang lemah dan sentiasa melakukan maksiat dugaan yang kita perolehi sekarang boleh dianggap terlalu kecil dan mampu ditanggung oleh kita jika kita sentiasa berserah kepada ketentuan Allah. Ada  juga dugaan dengan didatangkan kepada kita orang yang menzalimi kita seperti orang yang menyusahkan kita contohnya dengan berhutang dan dengan sengaja tidak membayar balik dan juga kesusahan yang dilakukan kepada kita.

Maksiat….ini adalah dugaan yang memang menduga keimanan kita, dewasa ini memang perkara-perkara yang berkaitan dengan maksiat dan dosa amat mudah diperolehi, semuanya dihujung jari, anak-anak kita amat mudah terdedah dengan perkara sebegini..inilah dugaan yang menguji ketinggian ilmu kita untuk mengawal dan mendidik diri kita dan juga keluarga kita.

Selain daripada maksiat yang merupakan perkara yang dilarang oleh Allah, perkara berlawanan dengannya iaitu ketaatan kepada tuhan juga dianggap ujian kerana adakah kita sanggup sentiasa taat dengan setiap perintah tuhan dalam apa jua keadaan kita dan disertai dengan meninggalkan larangan. Sesungguhnya dengan taat kepada perintah Allah adalah kewajipan tetapi hanya orang yang bertaqwa dan beriman sahaja yang sanggup.

Setrusnya kita melihat kepada diri kita adakah kita merasa bangga dan hebat dengan apa yang kita ada dengan apa yang kita miliki,jika kita merasa begitu maknanya kita telah kalah dalam dugaan tuhan  kerana apa yang kita ada dan miliki hanya dugaan yang tuhan untuk melihat adakah kita berfikir dan menerima dengan syukur apa yang tuhan berikan kerana semua yang berada di dunia ini hanyalah pinjaman dan ianya milik Allah seadanya. Jadi sebelum merasa bahawa diri kita sudah sempurna sebenarnya kita silap dan yang nyata kita tiada apa-apa dan hina disisi Allah.

Jenis dugaan yang terakhir adalah hati..ini adalah dugaan yang selalu dimainkan oleh iblis dan syaitan dengan melalaikan kita dengan dunia seperti anak-anak, isteri dan segala yang ada di dunia ini. Kita selalu lalai mengerjakan suruhan tuhan dengan mendahulukan keduniaan dan juga terlalu sayangkan anak-anak dan isteri daripada sayangkan akhirat yang kekal abadi. Kadang-kadang juga kita dimainkan dengan persoalan di hati kenapa aku yang diberikan dugaan ini, kenapa tuhan tidak adil dengan hambanya padahal aku selalu mengingatiNYA tetapi aku selalu menerima dugaan tetapi orang selalu melakukan maksiat hidup bergembira…jika ini berlaku memohon ampun dengan segera kepada ALLAH.

Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan pembaca semua agar sentiasa  menerima seadanya yang kita ada dan tidak perlu membandingkan dengan orang lain kenapa dia tidak, kenapa dia bukan,kenapa aku selalu, kenapa aku dipilih…kerana setiap dugaan yang diberikan oleh tuhan bersesuaian dengan hambaNYA dan sanggup ditempuh, sesungguhnya bagi orang yang mampu menerima dugaan maka meningkatlah imannya INsyaAllah…

Saya memohon keampunan jika penulisan ini membuatkan saya sombong dan riak dan juga perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah.

Ikhlas,

Ishamzana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...