Tahun Baru Cina semakin hampir, tahun ini adalah tahun arnab yang bakal mengambil alih kalendar bagi masyarakat cina.Kebanyakan bijak panda mengatakan tahun arnab kurang memberi sinaran kepada penyandangnya.
Namun untuk menyelesaikannya si ‘arnab’ dinasihatkan menjauhi perkara yang mengundang musibah dan mengekalkan hubungan baik sesama insan.Jangan cari penyakit kalau tak nak terima musibahnya.Jalinkan sebanyak mungkin persahabatan kerana itu yang terbaik buat jejaka ddan wanita yang lahir pada tahun arnab.
Bagi masyarakat cina zodiak dalam kalendarnya serta peranan ‘fengsui’ sangat penting dalam kehidupan seharian.Malah sejak zaman dinasti Tang lagi,Feng Shui menjadi begitu penting sehingga orang yang arif mengenainya diangkat menjadi penasihat Maharaja.
Peranan air dan angin amat penting dalam mempraktikkan feng shui,sebab itulah ramai pengamalnya mengadakan aliran air di rumah mereka.Namun bagi orang Islam kepercayaan ini sama sekali tidak boleh diterima.
Namun begitu,ada seberapa hal yang boleh di ambil positif terutama dalam menyusun perabot di rumah.Sempena Tahun Baru Cina ini saya ingin berkongsi tips menyusun perabot berunsurkan ‘feng shui’ di kamar tidur. Selamat Mencuba,semoga bahagia bagi pasangan suami isteri….

PAKAIAN & PERABOT
Buang barang yang sudah diperlukan serta jarang digunakan.Pakaian atau perabot lama akan menghasilkan ‘chi’ negatif dalam bilik anda. Barang yang bersepah ini akan menahan ‘chi’ positif dari memasuki bilik.
LANTAI
Pastikan lantai sentiasa dicuci dan dibersihkan daripada habuk dan kotoran. Basuh permaidani selalu.Ini kerana apabila habuk berkumpul ia menghasilkan tenaga lembap pada bilik.
SILING
Bersihkan habuk yang melekat pada siling terutama pada corak atau acuan mahkota serta pepejunru siling dengan kain lembap.
TINGKAP
Cuci tingkap di bahgian luar dan dan dalam.Tingkap yang kotor akan memerangkap ‘chi’ dalam bilik seterusnya berkumpul dan berkembang sehingga menghsilkan tenaga lembap.
KIPAS & LAMPU
Jangan terlalu sibuk mengemas rumah hingga terlupa membersihkan kipas dan lampu yang memberikan keterangan dan kesegaran.Kotoran dan habuk yang terkumpul akan menghasilkan tenaga ‘chi’ negatif.
LANGSIR & TABIR (BLIND)
Kedua-dua benda ini amat penting untuk memastikan limpahan tenaga dalam bilik tidur anda.Pastikan ianya sentiasa bersih dan sentiasa bebas habuk.
CADAR
Jika cadar sudah lusuh, belilah yang baru sempena nak raya ni.Jika tidak bersihkan selalu kerana akan memberi keselesaan pasangan bila berada di atasnya.
ALMARI
Buang pakaian yang berusia dari almari jika tidak menggunakannya lagi. Lebih elok sedekahkan saja kat sesiapa yang tak ada pakaian.Dan satu kepantangan ‘feng shui’ ialah jangan simpan pakaian yang koyak atau reput.Susun semula pakaian di dalam alamari agar mudah di cari.
LACI
Kemas kini laci meja sisi katil dan meja solek anda.Buang kertas dan dokumen serta benda yang tidak diperlukan lagi.










