



RFC Kuala Terengganu
LOT 4232(G/F) WISMA CHU KEE
OFF JLN SUL ISMAIL/JLN TOK LAM
20200 KUALA TERENGGANU TERENGGANU D. IMAN
09 6309527 09 6409528
(Belakang Stadium Kuala Terengganu)
Sepetang tadi sewaktu ke bandar untuk pos order dan juga ke stesen bertemu adik untuk mengirim keropok lekor ke makde ternampak satu banting berkenaan pembukaan RFC Kuala Terengganu.
Sungguh gembira rasa hati ini kerana akhirnya saya boleh ‘berbuka’ setelah lama ‘berpuasa’ dengan Fastfood dari negara luar ni..semua dah ketahui sebab-sebabnya,tak perlu lagi dihuraikan tetapi saya sebutla beberapa sebab…pertama sekali soal keberkatan kerana kehalallan toyibah,kedua kerana menyokong produk orang Islam dan yang ketiga menyokong rakyat Palestin dengan memboikot produk Israel yang boleh kita elakkan.
Tahniah kepada HPA kerana telah membuktikan kepada masyarakat bahawa kita juga mampu bangun dan maju seperti bangsa lain dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT yang menjadi tunjang perjuangan.
Seperti yang sedia maklum, seperti maksud ayat seribu dinar yang selalu di gunakan oleh kita tetapi tidak tahu dan tidak mahu tahu dan juga memang tidak tahu sebab tidak cuba hendak tahu dan nak amal makna yang amat tinggi pengertian dan susah nak dibuat dengan iman kita yang sentiasa turun naik dan lemah dinodai oleh iblis dan syaitan dan juga nafsu yang menyelongkai setiap inci saluran darah kita.
Dengan yakin kita dapat beramal seperti maksud ayat tersebut yang menyatakan secara umum segala bentuk rezeki dan kejayaan kita semua bergantung kepada amal dan kepatuhan kita kepada suruhan Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya dan juga mengikuti sunnah Rasulullah SAW.Untuk mencapai nikmat kejayaan sememangnya pelbagai liku dan ringtangan yang akan ditempuhi begitulah juga HPA sejak penubuhannya.
Sekarang dengan bantuan dan rahmat Allah SWT segala bentuk pelaburan dan pembangunan HPA mengikut syariat Islam sepenunhnya,inilah yang kita kehendaki kerana Islam itu tidak ada cacat celanya sejak dahulu,sekarang dan akan datang…hanya orang yang jahil dan tak mahukan Islam mengatakan ajaran Islam tidak sesuai di sini di situ…semoga HPA terus bangkit membela Agama Islam dan menyelamatkan muslim dan muslimah.
TAHNIAH !!
p/s : tak sempat p makan lagi sebab dah lewat dan anak tak ada..nanti nak p makan 3 beranak..tak sabar nak rasa..





#1 by Arif Zulhilmi on December 4, 2010 - 4:35 pm
Quote
Tahniah kepada HPA, kerana telah mengembangkan satu lagi perniagaan Islam yang dijamin halal dan bersih. Semoga lebih banyak lagi perniagaan-perniagaan Islam yang akan dibuka selepas ini. Amin.
#2 by Ishamzana on December 7, 2010 - 4:54 pm
Quote
ye betul ariff…jd kita yg tak mampu nak bukak kenalah sokong ramai-ramai ye….