Salam,
Dalam beberapa hari sahaja lagi Orang Islam yang beriman akan menyambut ketibaan bulan yang penuh berkat dan pengampunan daripada Allah S.W.T iaitu bulan mulia bulan Ramadhan.
Di samping yang menunggu ketibaan untuk melipatgandakan amal ibadat,tak ketinggalan juga yang sudah lama merancang untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga dengan membuat ‘duit raya’ di bulan ramadhan ini.
Seperti yang kita alami, pelbagai cara dilakukan untuk membuat duit raya seperti menjual juadah di bazar ramadhan(bazar iftar yang dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz), menjahit pakaian yang sudah lama menutup tempahan sejak bulan 5 lagi dan juga menjual kuih/biskut raya.
Walau apapun yang kita lakukan untuk menambah pendapatan jangan dilalaikan oleh hawa nafsu dengan menjalankan sesuatu yang salah dan berdosa, lebih-lebih lagi di bulan kerahmatan dan keampunan bulan Ramadhan.
Bagi yang tidak ‘menyertai’ kumpulan perniagaan ini pastinya kita adalah pembeli yang akan memeriahkan lagi kerancakkan aktiviti mencari duit di bulan ramadhan nanti, tetapi kita juga sentiasa beringat supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu dengan membeli secara berlebihan dan membazir.
Suka saya katakan di sini kepada yang membuat kuih raya, jangan terlalu mengejar keuntungan semata-mata dengan menghasilkan kuih yang tidak bermutu dan hanya bentuk dan ‘wajah’ yang cantik tetapi apabila dijamah sungguh kecewa pembeli tersebut.
Jika anda ingin menceburi bidang penghasilan kuih raya ini, rebutlah peluang yang terhidang ini kerana pengusaha kuih raya sememangnya ‘membuat duit raya’ yang betul-betul gempak.
Salah seorang yang telah berjaya membuat duit raya dengan kuih raya semenjak 10 tahun yang lalu telah membongkar rahsia beliau melalui penulisan Ebook iaitu Rahsia Kuih Raya.
Beliau telah membongkar bagaimana untuk melakukan pemasaran kuih raya yang berkesan, di samping itu anda juga diberi 10 resepi yang mencatat jualan yang hebat sepanjang 10 tahun pembabitan beliau dalam bisnes kuih raya ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh membaca sendiri apa yang dikongsikan oleh Puan Nor Azlina Sidek dan ‘mencuri’ teknik daripada beliau di sini.
Ikhlas
Mohd Ishamuddin



#1 by sufian on August 5, 2010 - 1:43 am
Quote
kuih raya pun ada rahsia jugak ye..
#2 by Ishamzana on December 21, 2010 - 7:33 pm
Quote
semua ade rahsia hehe…