Share

Salam,

Hari ni rasa nak bukak hmetro.com, tak beli suratkhabar lagi jadi bacala dulu kat sini.Kadang-kadang ada kelebihan dan kekurangan kedua-dua medium pembacaan berita yang berlaku di sekeliling kita.

Membaca di depan komputer juga menyebabkan mata sakit dan tidak dapat keselesaan yang berpatutan dan juga isi kandungan kadang-kadang syarikat penerbitan sengaja kurangkan agar suratkhabar tetap akan dibeli.

Tetapi kalau yang dah ada Internet bolehla membaca secara online,sambil-sambil melayari laman lain bolehlah ringan-ringankan kepala membaca apa yang berlaku semalam dan aktiviti yang berjalan di sekeliling kita.

Hari ini saya ternampak artikel mengenai perniagaan berlandaskan permainan cyber yang dapat menjana ekonomi negara dan memberi peluang perniagaan kepada lebih 42 peratus belia negara kita.

Anda boleh membaca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.Apa yabg saya ingin kongsikan dan utarakan persoalan, adakah industri berlandaskan permainan cyber mendatangkan lebih perkara kebaikan kepada generasi muda atau lebih keburukan.Saya rasa dengan jelas terdapat kedua-dua keadaan tetapi bagaiman kita dapat menyeimbangkan pengaruh permainan cyber ini.

Seperti yang kita ketahui di setiap CC (cyber cafe) dipenuhi golongan remaja dan belia bermain permainan cyber.Jelas berbeza dahulu CC kurang sambutan kerana tiada perkhidmatan games cuma digunakan oleh orang yang ingin mencari maklumat dan juga untuk ‘print’ kerja, tetapi sekarang tak ada CC yang tak menyediakan permainan cyber.Rugilah mereka kalau tak ada games tak ada orang datang kan.

Jadi dengan adanya satu program macam ni adakah bertujuan untuk mendapat keuntungan semata-mata atau memberi peluang perniagaan kepada belia atau peluang kepada remaja untuk ‘berlatih’ di CC untuk menyertai pertandingan. Macamana pendapat anda pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...