Nama penuh saya yang diberikan oleh famili Mohd Ishamuddin bin Ishak a.k.a Ishamzana.Saya mula bergiat dalam bidang Internet Marketing bermula OKT 2009. Saya berasal dari Kijal, Kemaman Terengganu dan sekarang menetap di Kuala Terengganu. Dilahirkan pada 03 Okt 1982 dan sekarang mencecah usia 28 tahun,mempunyai isteri (Suzanaliza Bt Mohd Yusoff) dan juga seorang anak setakat ini(Nur Insyirah Aqilah).
Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Pembuatan) daripada UTM Skudai, Johor 2007 . Saya tidak pernah menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Kejuruteraan dan hanya pernah menjadi Guru GSTT dan Guru Ganti pada tahun 2008 dan 2009,2010 dan juga kerja seperti Cashier dan Sales Eksekutif di bandar Kuala Terengganu. Sebelum menetap di Kuala Terengganu saya berniaga di Senai Johor pada tahun 2007 sehingga feb 2008 dalam bidang Laundry dan Komunikasi (Wartel , Prepaid).
Mula bergiat dalam Internet Marketing setelah memasang talian internet di rumah dan ketandusan idea apa yang dapat dibuat dengan internet ini. Sambil menggunakan internet sebagai medium untuk mencari pekerjaan, seorang rakan baik telah mencadangkan supaya mencuba program affiliate…apa affiliate?? beliau mencadangkan memasuki forum Wangcyber.com dan juga membeli ebook yang berkaitan.
Beliau juga adalah pengedar barangan fizikal secara online semenjak tahun 2007 dan saya memohon beliau membuat satu laman web jualan untuk saya sementara saya mendapatkan barang fizikal secara borong daripada beliau untuk mencuba berniaga.
Di harap dengan adanya blog ini saya dapat mengembangkan perniagaan secara online dengan lebih serius untuk mencari ilmu dan mengaplikasikan dengan sebaik mungkin.
Sekarang saya sedang bertugas sebagai GURU KAFA bermula OKT 2010. Diharap dapat meningkatkan dan mengamalkan ilmu Fardhu Ain yang wajib kepada setiap muslim.InsyaAllah.
Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya.
“Perniagaan adalah Sunnah Rasulullah S.A.W” dan “9/10 Rezeki adalah dengan Berniaga”
Terima Kasih kerana melawat blog ini.
Ikhlas,
Mohd Ishamuddin Ishak



#1 by Ayieblog on November 3, 2010 - 3:30 pm
Quote
Assalamualaikum,erk bro orang kemaman kijal
.. satu kawasanlah kita bro,salam berkenalan bar ishamzana
..
#2 by Ishamzana on November 4, 2010 - 2:07 pm
Quote
duk kijal jugak ke..kat mane..
#3 by Ayieblog on November 6, 2010 - 3:46 pm
Quote
bukan.. hamba duduk kat telok kalong,jiran kampung sebelah.. hehehe