
salam,
Dah lama rasanya tak meng’update’ blog saya ni,maklumlah saya baru berjinak-jinak untuk belajar menulis, jadi buat masa sekarang apa yang ditulis hanya apabila rasa nak tulis dan ada perkara yang nak dikongsikan.Sekarang saya hendak kongsi mengenai wangcyber.com/forum, satu tempat yang saya jejaki untuk mengenali apa erti perniagaan internet sebenar setelah saya sudah beberapa kali tertipu dengan skim yang menawarkan perniagaan tanpa produk,modal sekali dan sebagainya.
Walaupun telah tertipu secara offline yang berselindung dengan perniagaan MLM kononnya saya masih juga terpedaya apabila mula ‘menyelam’ di dasar internet ini, maka terjumpala perniagaan yang tidak sah itu.
Seyelah terlanjur,terdetik saya untuk bertanya sahabat saya apa yang patut saya buat dengan internet ini bagi menjana pendapatan, maka kawan saya mencadangkan seperti yang saya ceritakan di profile saya seperti menjual produk dan menjadi agen affiliate.
Saya juga seperti rakan-rakan yang baru menjejakkan kaki dalam arena internet marketing ini pastinya tidak tahu apa itu affiliate,ape itu niche…dahulu semasa saya menyertai seminar saya menyebut niche itu seperti bahasa melayu betul,pasti anda tahu..tetapi lama kelamaan baru saya tahu menyebutnya dengan betul.
Ok,sahabat saya juga mencadangkan saya melawat wangcyber.com/forum untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan internet dan juga affiliate…maka bermula itulah saya sikit demi sedikit mempelajari ilmu berkaitan internet marketing ini…rupanya masih ada banyak kaedah perniagaan internet yang berkat dan halal.
Saya tidak katakan saya sudah tahu semua mengenai internet marketing,saya masih lagi newbie kerana masih tidak dapat menjana pendapatan yang ‘cemerlang’ lagi setakat ini.Saya masih lagi belajar dan yang lebih penting praktikkan apa yang kita tahu…itulah kelemahan saya dan juga pastinya segelintir anda di luar kan.
Ok,untuk mengetahu dengan lebih lanjut mengenai wangcyber.com/forum ini boleh membacanya di bawah,’maaf saya copy je’:
Wangcyber.com adalah merupakan sebuah website komuniti maya bagi rakyat Malaysia yang berminat di dalam dunia perniagaan internet. Diulangi… “WEBSITE KOMUNITI“… disini kami TIDAK menawarkan anda apa-apa peluang bisnes yang membolehkan anda “letak duit, goyang kaki dan menjadi kaya”.. jika itu yang anda cari.. Maaf! anda sudah salah tempat.
Disini, adalah tempat perbincangan dan perkongsian ilmu bagi mereka yang berminat menjalankan perniagaan di internet tulen. Diulangi… disini, adalah tempat kami berkongsi ilmu (sebab itu kami panggil website ini sebagai website komuniti).. bukannya tempat “orang atas cari orang bawah dan jadi jutawan dalam masa 3 bulan“..
Objektif
Wangcyber.com diwujudkan adalah bertujuan untuk (1) memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang “dunia” serta ilmu perniagaan internet yang sebenar. Ia juga ditubuhkan (2) untuk membantu serta mendidik masyarakat supaya celik “ilmu buat duit di internet yang sebenar” agar mereka, tidak tertipu dengan skim-skim piramid atau program-program buat duit yang palsu di internet. Selain itu, objektif kami adalah untuk (3) menggalakkan masyarakat membina & membangunkan perniagaan internet mereka sendiri secara sah & betul.
Visi & Misi
Visi wangcyber.com pula adalah untuk menjadi sebuah pusat rujukan maklumat yang utama bagi bidang /industri perniagaan internet di Malaysia.
Sejarah & Latar Belakang
Website komuniti wangcyber.com telah diwujudkan dan diasaskan oleh saudara Mohd Suhaimy (shuth) pada bulan Disember 2005 . Ia diwujudkan berdasarkan rasa prihatin & tanggungjawap beliau untuk mendidik masyarakat mengenai maksud sebenar perniagaan internet di samping cuba memberikan kesedaran kepada masyarakat pada waktu itu agar tidak tertipu dengan program-program jana wang yang palsu (pada waktu itu , autosurf sedang hangat) .
Program autosurf sebenarnya adalah skim piramid yang berselindung di sebalik program traffic exhange
Pada waktu itu, ramai masyarakat yang tidak percaya apabila pihak wangcyber.com mengatakan program tersebut adalah sebuah program palsu & merupakan skim piramid. Bagi mereka, asalkan sesuatu program itu dapat memberikan wang kepada mereka , maka ia adalah sebuah program yang bagus dan patut diagung-agungkan (tak kira halal & haram serta apakah kesannya kepada kemaslahatan ummah). Jadi.. sesiapa yang mengatakan program autosurf adalah sebuah program yang “palsu & scam”.. maka pihak itu akan dituduh sebagai pihak yang busuk hati, dengki & tidak boleh tengok orang senang.
Sehinggalah apa yang diramalkan terjadi.. program tersebut akhirnya bungkus & tutup. Ahli-ahli yang menyertai program autosurf ini mula tercengang-cengang… harapan mereka penganjur program ini akan muncul semula dan mengembalikan wang mereka. namun hakikatnya.. wang mereka telah lesap begitu sahaja..
Selepas keruntuhan program autosurf.. pihak wangcyber.com telah mengurangkan usaha menentang kewujudan program-program autosurf seperti itu (sebab ia automatik mati sendiri). Oleh itu, pihak wangcyber.com telah mengambil peluang ini dengan mengiatkan lagi usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang perniagaan internet yang sebenar disamping memberikan nasihat kepada masyarakat agar tidak mencari jalan singkat untuk menjadi kaya dengan menyertai program-program jana wang yang palsu di internet.. kami sarankan, binalah perniagaan internet anda sendiri.. itu lebih baik & bermanfaat untuk diri anda.
Perniagaan internet yang kami maksudkan disini ialah.. anda membina/memiliki sendiri sebuah website yang menjual sesuatu produk @ perkhidmatan. Seperti menjual ebook, baju, minyak wangi, set bersalin, webhosting , cadar katil, pelamin dan sebagainya..
BUKANNYA dengan menyertai sesuatu website dengan sedikit bayaran yuran ahli.. kemudian duduk diam, buat spam dan jadi jutawan. Website yang menawarkan program seperti itu kami gelarkan ia sebagai sebuah website “program mengarut” dan juga “skim taik”.
Selepas keruntuhan program autosurf, ahli-ahli tegar yang ingin kaya cepat ini mula mencari peluang-peluang “mengarut” yang lain. Kali ini, program HYIP menjadi tumpuan mereka.
Program HYIP adalah program pelaburan palsu yang menjanjikan keuntungan tetap dalam suatu tempoh masa yang singkat.
Maka berpusu-pusulah makhluk tegar yang ingin “cepat kaya” ini menyertai program pelaburan tersebut. Dalam program pelaburan mengarut ini, untuk menjadi kaya dengan lebih cepat lagi.. mereka disarankan untuk mencari orang lain sebagai downline mereka. Disebabkan itu, ramilah masyarakat yang sememangnya agak “dangkal” dengan program-program seperti ini terpengaruh dan menyertai mereka.
Melihat kepada keadaan ini, wangcyber.com sekai lagi menjalankan usaha memerangi kewujudan program seperti ini disamping memberikan kesedaran keapda masyarakat agar tidak tertipu dengan “skim piramid” yang berselindung di sebalik istilah “pelaburan internet” tersebut.
Dan seperti biasa.. sekali lagi wangcyber.com di cop sebagai pihak yang dengki, busuk hati, tidak boleh tengok orang senang, bebal, melayu berfikiran cetek dan sebagainya..
Tapi tidak mengapalah.. ahli-ahli wangcyber.com terus bersatu dan berusaha memberikan kesedaran masyarakat agar tidak tertipu dengan program-program mengarut serta skim taik tersebut..
Seperti yang telah dijangka.. akhirnya “skim-skim pelaburan taik (pelaburan internet)” ini akhirnya runtuh dan musnah. Kali ini, ahli-ahli tegar yang ingin “cepat kaya” dengan menyertai program pelaburan internet ini, bukan sahaja tercengang.. tetapi menangis mengenangkan wang simpanan & wang pinjaman bank yang mereka buat lesap begitu sahaja..
Sekali lagi kami nyatakan.. binalah perniagaan internet anda sendiri. Itu lebih baik & bermanfaat untuk diri anda, sama ada untuk jangkamasa panjang ataupun jangkamasa pendek.
Kini, wangcyber.com terus berusaha untuk memberikan kesedaran serta mendidik masyarakat tentang ilmu perniagaan internet serta kaedah buat duit di internet yang sebenar. Jauhkanlah diri anda dari program-program yang menawarkan anda kekayaan dalam masa yang terlalu singkat.
Oleh itu, jika anda berminat untuk mempelajari selok-belok dunia perniagaan di internet serta mengetahui kaedah yang betul di dalam menjana wang di internet. Tahniah! Anda sudah menjumpai sebuah website yang tepat!
Sertai forum kami… banyak ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dunia perniagaan internet dikongsikan disana!
Salam Usahawan dan selamat maju jaya!
Wassalam
P/s:- Dulu.. autosurf, kemudian hyip (pelaburan internet).. sekarang ahli-ahli tegar “ingin cepat kaya” sedang giat mencari mangsa dengan program terbaru mereka yang diberi nama “program reseller”… modus operandinya sama.. bayar sedikit yuran (kepada orang atas) kemudian cari orang lain. Kononya, lagi banyak dapat cari orang.. maka.. lagi cepatlah anda boleh jadi kaya.. nasihat saya.. larilah jauh-jauh dari website program seperti ini. Jangan biarkan pisang berbuah 3 kali..
Ini adalah petikan mengenai wangcyber.com yang boleh juga di baca di wangcyber.com, tapi ini saya dah copy semua kalau baca di sini pun sama baca di sana pun sama…mana-mana yang anda suka..kalau anda ingin menyertai ahli wangcyber.com dan berkongsi ilmu dan pendapat,juga bertanya apa-apa masalah atau sesuatu yang anda hendak ketahui mengenai perniagaan internet bolehlah sertai forum wangcyber.com
Join Forum ‘Komuniti Usahawan Internet Malaysia’ sekarang !!

