Salam,
Semua pasti melihat berita mengenai Facebook yang disiarkan di kaca TV yang mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan di luar jangkaan. Semua orang menggunakan facebook malah anak saudara saya yang berumur 6 tahun pun mempunyai akaun. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh facebook pada masa kini.
Dengan kekuatan yang dimiliki oleh facebook ini maka ramailah ahli-ahli perniagaan tidak kira secara online ataupun offline masing-masing mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di facebook.
Tetapi dalam kita mempromosikan perniagaan kita ini terdapat cara yang beradab dan juga cara yang kurang sopan ataupun SPAM. Di sini saya senaraikan promosi atau iklan yang saya alami di facebook.
- Inbox Message
- Picture Tag
- Wall profile
- ChattingĀ Box
- Comment
Seperti yang saya alami apabila login facebook saya akan memeriksa inbox mesej saya dan akan mendelete segala mesej promosi yang saya tidak berkenan dan mengarut. Adakah sesiapa yang tahu bagaimana untuk menghalang daripada menerima mesej secara ‘pukal’ ini.
Yang kedua adalah kita akan di ‘tag’ oleh orang yang ingin mempromosi produk mereka pada gambar produk mereka seperti baju dan sebagainya. Perkara ini amat mengganggu kerana apabila seseorang komen pada gambar itu. Anda pasti pernah merasainya.
Ada juga yang meletakkan terus di wall kita secara terus terang, secara jujur saya katakan ini lagi akan menyebabkan seseorang itu lebih tidak selesa.Promosi biasa terus mengajak kita menyertai mereka dalam satu-satu perniagaan.
Promosi pada chatting box juga boleh menaikkan amarah seseorang, bagaimana perasaan anda apabila tiba-tiba saja seseorang memberikan link pada chatting box tanpa adab seperti salam ke atau paling kurang bagitahu pelawaan anda.
Dan promosi secara tak beradab yang terakhir adalah meletakkan link di ruangan comment status kita,tidak ada kaitan langsung dengan perkara yang dikongsikan.
Semua ini adalah idea saya dan pengalaman saya sahaja,mungkin anda mengalami perkara yang berlainan. Semua orang adalah penjual jadi saya mengingatkan diri saya dan semua menjual secara beradab lebih mendapat keuntungan dan keberkatan…InsyaAllah semoga perniagaan kita semua maju selalu untuk membela Agama Islam


#1 by Shahrul on July 26, 2010 - 1:05 pm
Quote
Mmg di Facebook terdapat ramai prospek2 pelanggan, tetapi kita kenelah melakukan Pemasaran Facebook dgn cara yg betul, supaya org x menyampah.
#2 by Ishamzana on July 26, 2010 - 6:56 pm
Quote
saya memang bersetuju,kadang-kadang orang tak nak mase tu…kalau tekena org tengah cari rezeki la…tp kalau tak mesti dh tak layan
#3 by sufian on July 27, 2010 - 1:33 am
Quote
selalunya spammer tu akan hilang followers lama kelamaan
you’re listed http://sufian.info/tukar-links/
#4 by wansukri on July 28, 2010 - 4:45 pm
Quote
kebetulan pula ye..saya gabungan nama saya dan isteri.
saya dah jarang masuk FB, kalau masuk 50 lebih iklan yang tak diundang masuk, jalanya tick all dan delete…kalau nak bisness buat la cara yang betul…kadang rasa pelik juga dengan teknik yang mereka guna pakai siapalah agaknya sifunya…
#5 by Ishamzana on July 28, 2010 - 6:53 pm
Quote
biasala…dulu saya yg tak tahu ape makne SPAM suke hantar email kat org…tp skrg dh tak buat sebab bace bnyak ebook tentang IM ni…rasenya yg promosi spam kt FB ni tahu ke saje2 buat tak tahu
#6 by AimanAhmad on July 31, 2010 - 8:37 am
Quote
btol tu.. saya pun menyampah dgn spammer ni.. kalo org yg kita kenal takpe la jugak.. ni yg tak kenal.. baru add friend tak sampai seminit terus menyepam… confirm terus saya block and remove.. biar dia reti sikit tentang etika iklan